Tuesday, 17 May 2016

Biar aku.

Kala aku lagi jatuh
Biar aku bangun sendiri biarpun aku mengeluh
Waktu aku sedang menangis
Biar aku usap air mata aku sendiri meskipun ia mengguris
Saat aku berdiri sendiri
Biar aku terus di situ walaupun aku sepi
Tika aku lagi patah hati
Biar aku baiki dan cantum sendiri tiap keping yang telah mati

Biar aku

Biar aku belajar erti berdikari
Biar aku mengenal diri sendiri
Biar aku tahu makna kuat
Biar aku dengan diri aku
Biar aku menggapai bintang aku sendiri


Meskipun tiada kau.

Friday, 29 April 2016

alam, aku segan.

Jujur..
Aku malu sama bulan
Tetap memantul cahaya meski sekelilingnya hanya kegelapan
Aku segan sama bintang
Dia terus menyinari walau dia tahu ada yang jauh lebih terang
Aku cemburu sama matahari
Tetap memancar sinar biarpun diri terbakar
Aku kaku melihat pokok
Terus berdiri utuh meski dia lagi rapuh
Aku pegun sama rumput
Bangkit berkali-kali walau dipijak dihinjak berjuta kali
Aku gembira sama angin
Masih meniup lembut meski tiada siapa melihat
Lumrah alam..
Ajar aku erti pengorbanan
Tunjuk aku makna berjuang
Beri aku rasa percaya
Kasi aku satu kekuatan
Mengajar sebuah keikhlasan.

Monday, 4 April 2016

Cukup itu.

aku tak perlu lelaki yang ada semua,
cukup dia yang punya usaha,
sanggup bersusah dan lelah tanpa berkira.

aku tak perlu lelaki yang ada tiap masa,
cukup dia hargai masa bersama,
gelak tawa suka duka cerita semuanya.

aku tak perlu lelaki memuji aku sentiasa,
cukup dia memandang aku dgn belaian rasa,
seolah cuma aku milik dia.

aku tak perlu kau buktikan apa-apa,
aku cuma ingin kau jadikan aku pilihan pertama.

tapi siapa aku, untuk punya lelaki sempurna..

Thursday, 24 March 2016

Kau, sama saja.

Kau kau sekarang,
Apa yang aku lihat cuma mahu menunjuk hebat, menunding jari, enggan kalah, rasa benar.

kononnya mangsa keadaan,
kononnya ditindas,
kononnya dipinggir dan dilupa,
kononnya yang lain itu pendusta,
kononnya kau lagi sakit,
sedangkan kau sama saja.

Kau kau sekarang,
cuma mahu hatinya saja dibela,
cuma mahu hatinya saja dibelai dan dijaga, cuma mahu hatinya saja yang diusap manja.
Apa kau peduli calar pada hati dia?

Kau tetap saja gembira,
tapi kata kau hati aku lagi terluka.
kau tetap saja punya teman,
tapi kata kau hati aku tak ada siapa.
kau tetap terus bergelak tawa,
tapi kata kau aku lagi berduka lara.
Lantas itu apa, bukankah dusta belaka?

kau, sama saja.

Saturday, 13 February 2016

Thursday, 11 February 2016

untuk yang terakhir kali

untuk yang terakhir kali
kau akan dengar suara riang aku memanggilmu

untuk yang terakhir kali
kau akan lihat wajah ceria aku tersenyum melihatmu

untuk yang terakhir kali
aku akan ada di sisimu untuk bersamamu

dan perjumpaan itu
adalah untuk yang terakhir kali

aku tak akan lagi dengar indahnya suaramu
pasti nanti aku ternanti-nanti panggilan darimu
padahal aku juga yang akan mematikannya

aku tak boleh melihat wajahmu itu lagi
sedang itu yang akan aku rindui
tapi aku tahu aku yang akan menoleh dari memandang

guraumu, sendamu, senyummu, usikkanmu,
aku akan simpan dalam indahnya kenangan

ini semua
kerana aku enggan menjadi perampas kebahagiaan
antara kau dan dia
aku tahu kalian pasti gembira

maaf
aku mencelah dengan tiba-tiba.

Tuesday, 9 February 2016

lama tiada

kalau bisa aku lari.. aku lari..
kalau bisa aku terbang.. pasti aku lagi tinggi..
kalau bisa aku hilang.. sudah aku pergi..
tapi aku lagi kaku.. keras tak terdaya..
tangan tetap terikat.. kaki tetap dirantai..
badan dan jiwa sudah lama tak bersama..
aku tetap di sini.. tak ke mana mana..
tapi aku rasa yang aku sudah lama tiada.

Friday, 29 January 2016

aku tahu.

aku bahagia.
senang melihat kau terus tersenyum dan tertawa
tetap kuat menghadapi semua
kau aku lihat makin gembira

tapi bodohnya aku
aku masih ego

ego!

dalam bahagia aku
aku pilu
terus dengan rasa rindu mahu kembali ke masa lalu
sedang itu, tentu saja tak mungkin berlaku

aku mahu kau dengan aku
aku tahu kau lagi bahagia
aku tahu
tapi soalnya aku tiada

kau tersenyum tanpa aku
kau kongsi cerita kau bukan pada aku
kau berjalan ke sana ke mari tiada aku
apa kau sudah lupa aku?

berkali kali aku tanya
berkali kali juga kau balas dengan rasa serba salah
"tak mungkin kau aku lupa
tapi hidup itu harus terus"

aku tahu itu
aku tahu
cuma aku tak pernah tahu cara untuk terus tanpa adanya kau

aku juga punya teman baru
hidup aku juga bukannya sama seperti yang dulu
tapi kenapa aku tetap saja mahu kau?

aku ego, aku tahu.

Tuesday, 19 January 2016

kata dan rasa

bila kau rasa yang tak ada siapa peduli akan ketiadaan kau
rasa yang mereka mereka itu tak kisah akan hadirnya kau
rasa yang kau itu seolah-olah tiada ertinya

kau rasa yang tanpa kau mereka tetap juga bahagia
mereka tetap saja berkumpul seperti biasa
mereka tetap terus makan dan minum seperti hari-hari yang sebelum
mereka masih bergelak tawa bercanda sama seperti waktu itu

kata mereka, kau itu penting
kata mereka, kau pembawa seri
kata mereka, perkara tak mungkin sama tanpa kau

tapi kau tetap dengan kata kau
anggap yang mereka itu semua cuma punya kata manis
'ah hipokrit' kata kau

cuma ada dua
satu sebab kau tak pernah hargai siapa diri kau
atau dua kau ego dan pentingkan diri taknak orang lain bahagia tanpa adanya kau.