aku bahagia.
senang melihat kau terus tersenyum dan tertawa
tetap kuat menghadapi semua
kau aku lihat makin gembira
tapi bodohnya aku
aku masih ego
ego!
dalam bahagia aku
aku pilu
terus dengan rasa rindu mahu kembali ke masa lalu
sedang itu, tentu saja tak mungkin berlaku
aku mahu kau dengan aku
aku tahu kau lagi bahagia
aku tahu
tapi soalnya aku tiada
kau tersenyum tanpa aku
kau kongsi cerita kau bukan pada aku
kau berjalan ke sana ke mari tiada aku
apa kau sudah lupa aku?
berkali kali aku tanya
berkali kali juga kau balas dengan rasa serba salah
"tak mungkin kau aku lupa
tapi hidup itu harus terus"
aku tahu itu
aku tahu
cuma aku tak pernah tahu cara untuk terus tanpa adanya kau
aku juga punya teman baru
hidup aku juga bukannya sama seperti yang dulu
tapi kenapa aku tetap saja mahu kau?
aku ego, aku tahu.
No comments :
Post a Comment